Sunday, March 27, 2011

Belajar Cara-Cara Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Anda Sendiri (mesti ada motosikal)

Iaitu Perkhidmatan Kurier (Courier Services) Anda Sendiri

Saudara / Saudari yang saya hormati,

Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri, saya Muhammad Syahrum Othman, berusia 34 tahun dan menetap di Subang Jaya, SELANGOR.

Saya telah menjalankan perniagaan perkhidmatan kurier saya sejak tahun 2004, bermula secara kecil-kecilan sehingga saya mendaftarkan perniagaan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal tahun 2010 di bawah nama SYAHRUM ENTERPRISE; Nombor Pendaftaran: SA0145095-W.

Setelah tamat zaman persekolahan dan melanjutkan pelajaran sehingga mendapat diploma, saya merasakan diri ini tidak berminat untuk makan gaji.

Saya ingin bekerja sendiri. Tapi kalau hendak membuka perniagaan sendiri, kena ada pengalaman dan ilmu berkaitan perniagaan yang ingin diceburi.

Oleh itu, saya pun bekerja sebagai budak pejabat / penghantar surat (despatch boy) sehinggalah pada pertengahan tahun 2004 apabila saya merasakan sudah cukup pengalaman yang ditimba.

Dengan hanya bermodalkan RM10.00, saya mengorak langkah. Bukan sikit atau calang-calang cabaran dan dugaan yang saya tempuhi untuk membangunkan perniagaan saya.

Alhamdulillah, kini pendapatan bulanan saya mencukupi untuk menampung kehidupan di kota yang mencabar ini.

Saya rasa cukup sedikit sebanyak sejarah perjalanan hidup saya yang telah saya kongsikan di sini. Kini, kita fokus kepada anda! Adakah anda memiliki motosikal sendiri? Adakah anda masih menganggur atau masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa anda?

Apakata buat sementara, anda bekerja sendiri dengan memula dan menjalankan perniagaan penghantaran dan kurier.

Untuk menempuh cabaran dan dugaan hidup kini yang semakin mencabar dengan jayanya, kita perlu lebih kreatif serta mengambil dan merebut segala peluang yang datang untuk menjana pendapatan dan membina kekayaan diri dan keluarga.

Kita berjaya dalam perniagaan bukan kerana modal, tetapi kita harus jujur, amanah, bersikap positif, kreatif, inovatif, berdisiplin dan mempunyai perancangan, barulah kita boleh berjaya.

Kajian yang dijalankan mendapati antara punca sesebuah perniagaan, samada yang kecil mahupun yang besar tidak mendapat sambutan dan gagal ialah kerana strategi pengiklanan dan pemasaran yang kurang berkesan.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan dari rumah, sudah pasti pengiklanan besar-besaran seperti di dalam suratkhabar yang memerlukan kos yang tinggi tidak mampu dilakukan.

Namun, hasil dari pengalaman serta 'trial and error' yang telah saya jalankan dan lalui, saya telah merangka cara-cara serta strategi pengiklanan dan pemasaran yang mudah lagi murah supaya perniagaan perkhidmatan penghantaran dan kurier yang anda mulakan dari 0, iaitu tanpa apa-apa, hanya bermula dengan sebuah motosikal, Boleh Berjaya! Modal untuk memulakan perniagaan ini hanya RM10.00 sahaja.

PELUANG BUAT ANDA!

Kepada anda yang berminat, saya telah menulis sebuah panduan mudah tetapi lengkap dari A hingga Z, cukup dengan disertakan contoh-contoh gambarajah dan tip-tip (petua-petua) bagaimana untuk anda memulakan perniagaan penghantaran dan kurier ini.

Anda tidak perlu susah payah memikirkan bagaimana nak mula, bagaimana nak cari pelanggan dan sebagainya. Hanya tiru dari contoh-contoh yang saya berikan, InsyaAllah anda akan berjaya. Tidak kira samada anda di Selangor, KL atau di mana sahaja di Malaysia.

Seperti yang saya katakan, modal untuk memulakan hanya RM10.00. Bagaimana? Akan saya terangkan dalam panduan saya. Panduan ini akan saya bekalkan kepada anda dengan harga RM30.00 sahaja.

Ada Lagi! BONUS!

Saya juga akan bekalkan kepada anda cara-cara bagaimana untuk menjalankan perniagaan membuat hamper, kraftangan dan Origami dengan mudah dan murah, dengan hanya membuat iklan dan menggunakan motosikal anda.

Juga akan saya sertakan kaedah-kaedah secara online dan offline untuk membuat iklan tanpa perlu berbelanja besar.

BONUS ini akan saya bekalkan secara PERCUMA. Anda boleh mula sebaik mendapat panduan yang akan saya bekalkan. Juga, usah segan silu, sila hubungi saya sekiranya anda ada kemusykilan apabila mendapat panduan yang telah anda pesan. Mungkin anda masih kurang pasti bagaimana nak 'start'...

Semua ini adalah peluang-peluang mudah untuk anda menjana pendapatan sampingan, yang boleh menampung kos kehidupan yang semakin menghimpit. Jangan Ketinggalan! Hanya RM30.00 sahaja!

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PESANAN PANDUAN ANDA:

Bayaran boleh anda buat dengan menggunakan Wang Pos ataupun melalui akaun MAYBANK di atas nama saya; MUHAMMAD SYAHRUM OTHMAN bernombor akaun: 1123 6218 7183. Anda boleh menggunakan mesin deposit tunai.

Bagi anda yang menggunakan Wang Pos, isi nama dan alamat lengkap anda di belakang Wang Pos tersebut.

Bagi anda yang menggunakan mesin deposit tunai melalui akaun MAYBANK saya, sila tulis di atas sekeping kertas, nama dan alamat lengkap anda.

Kemudian, hantarkan kepada saya samada Wang Pos atau slip deposit tunai (bukti pembayaran) + kertas yang bertulis nama dan alamat lengkap anda ke alamat:

Muhammad Syahrum Othman; No. 1, Jalan SS12/2A, 47500 Subang Jaya, SELANGOR.

Panduan ini akan saya poskan kepada anda sebaik pesanan diterima.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian
012-281 3752 (SYAHRUM).

KREATIF, INOVATIF DAN PELAKSANAAN KUNCI KEJAYAAN

10 comments:

  1. sigh semuanya guna duit skng ni.. tde ilmu yg nak diberi begitu saja :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dpat ilmu org bagi ikhlas je zaman sekarang.. starting sy baca dah semangat je,sekali nak berniaga daa.. hihi

      Delete
    2. bagi aku ni belum betol2 berjaya kalau mcm ni.. sikit2 duit dan tak profestional langsung.. kalau kau buat mcm ni kalau kau bukak class aku boleh terima lg. ni betol2 mau cari duit ya..

      Delete
  2. duit,duit, masuk tandas pun duit juga

    ReplyDelete
  3. duit,duit, masuk tandas pun duit juga

    ReplyDelete
  4. beriya saya membaca ,akhirnya duit juga,semuanya kena ada duit,sedikit ilmu pun kena duit apalah lagi contoh pengalaman untuk berjaya pasti duit juga.....

    ReplyDelete
  5. beriya saya membaca ,akhirnya duit juga,semuanya kena ada duit,sedikit ilmu pun kena duit apalah lagi contoh pengalaman untuk berjaya pasti duit juga.....

    ReplyDelete
  6. beriya saya membaca ,akhirnya duit juga,semuanya kena ada duit,sedikit ilmu pun kena duit apalah lagi contoh pengalaman untuk berjaya pasti duit juga.....

    ReplyDelete